Friday, April 8, 2016

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian

Pertanian adalah antara sektor penjanaan ekonomi negara,Tun Abdullah Badawi meletakkan usaha untuk membangunkan industri pertanian secara besar-besaran supaya pertanian di negara ini terus maju.

Padi merupakan petanian terbesar di Malaysia dan salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran padi adalah dengan menggabungkan semua ladang sawah di bawah 'satu bumbung'.



Selain itu,golongan petani di seluruh negara perlu didedahkan dengan teknik penanaman yang lebih moden,berdaya saing dan mampu menghasilkan beras dalam kuantitit yang banyak pada setiap musim.Para petani wajar disokong dengan peralatan mesin dan jentera penanaman yang lebih canggih.





Di samping itu,semua agensi sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri yang terlibat dalam industri pertanian,mestilah mengadakan kajian,proses pembangunan dan penyelidikan padi.Kecermelangan ini dapat berperanan sebagai mekanisme bekalan sumber makanan negara tanpa perlu bergantung pada negara luar.

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pelancongan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pelancongan

Menghirup udara segar,berjalan di persisiran pantai sambil melihat keindahan alam dan menanti lewat petang menjelma untuk menyaksikan matahari terbenam.Semua ini dapat anda nikmati di Malaysia.Sektor pelancongan di negara ini telah diiktiraf sebagai pusat industri yang terbaik di Asia Tenggara.Walaupun ada yang menyatakan rasa kebimbangan tentang penurunan pendapatan mereka dalam ssektor ini sehigga 30-40% pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas,ini masih boleh dibanggakan dengan kedudukan Malaysia dalam 'Top 5' di Asia Tenggara.



Kempen-kempen perlancongan domestik untuk meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam bidang ini adalah seperti kempen 'zoom!Malaysia' yang dipromosikan oleh pihak Tourism Malaysia harus dimanfaatkan sepenuhnya.Pada tahun ini kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi mempromosikan kempen 'zoom!Malaysia' ini.



Banyak kelainan dan keunikan di Malaysia yang telah menjadikan Malaysia cemerlang dalam bidang ini.Kecemerlangan ini tidak lagi boleh disangkal dan telah menjadi kecemburuan negara lain.Kami berharap dan berdoa agar hari-hari mendatang bakal menjadikan industri perlancongan kita terus maju dan cemerlang di mata dunia.


Pulau Sipadan

Kecemerlangan Kebudayaan Malaysia

Kecemerlangan Kebudayaan Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Pelbagai kaum di Malaysia


1 Malaysia


Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaranyang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Kaum Bumiputera di Sarawak


Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang,seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.
Makanan di Malaysia
Muzik Tradisional Melayu

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang Pengangkutan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang Pengangkutan


Sistem pengangkutan jalan

Sistem pengangkutan jalan di Malaysia boleh dicabangkan dengan lebih lanjut kepada beberapa kategori, seperti bas, teksi, dan kereta api seperti LRT, KTM, Monorail.


Bas RapidKL

Pengangkutan Bas di Malaysia - Lazimnya, terdapat pelbagai syarikat bas di Malaysia. Sebagai contoh, RapidKL, Metrobus, Len Seng, Transnasional dan sebagainya. Antara syarikat bas yang terbesar dan terkemuka ialah RapidKL yang mengendalikan 179 perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2005, RapidKL membawa kira-kira 190000 penumpang sehari. Secara tuntasnya, perkhidmatan bas di Malaysia menawarkan jalan pengangkutan yang mudah didapati dan murah dengan harga yang berpatutan.




LRT - Light Rail TransitPengangkutan Kereta api di Malaysia - Secara keseluruhannya, pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh terdiri daripada LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line, KL Monorail, KLIA Express, KLIA Transit, dan KTM (Keretapi Tanah Melayu). KTM mempunyai rangkaian terbesar yang menyeluruh di Peninsular Malaysia yang mempunyai panjang laluan keretapi 1699 km, manakala perkhidmatan keretapi yang lain tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja.
Kesemua pengangkutan keretapi tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa.

TeksiPengangkutan Teksi di Malaysia - Pengangkutan teksi merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem pengangkutan Malaysia. Secara umumnya, teksi-teksi yang terdapat di negara Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6, Proton Iswara,  Proton Wira, Proton Waja dan Naza Citras, dan berwarna merah dan putih. Teksi-teksi di Malaysia mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan   menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10 setiap 150 meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah dan mereka memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam sistem pengangkutan Malaysia.



Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pelancongan

Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pelancongan


Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang  kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.

  • Melaka
 Negeri Melaka jugan dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada Tahun 2008, Melaka diisytiharkan loeh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Melaka terletak di panati barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Tempat-tempat menarik di Melaka:


Kuil Cheng Hoon Teng ialah kuil yang berdiri di tengah-tengah daerah Bukit China, kawasan ruko Cina tertua di Malaka. Kawasan ini merupakan tempat berlabuhnya armada China pertama yang membawa misi perdagangan serta eksodus masyarakat China dari daerah Fujian dan Guangdong ke Semenanjung Malaya.Bentukan luar bangunan merupakan terjemahan dari negeri kayangan yang diperlihatkan dengan banyaknya elemen negeri kayangan.




Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.




Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini,          mereka akan kembali semula ke Melaka.



  • Pulau Pinang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Kapten Francis Light-pengasas Pulau Pinang dan manamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales.






Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di George Town, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang,utara semananjung dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya.